Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
| Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Tahun 2005) – Pemenang Kategori Novel Remaja |
| No. Perolehan : 6352 Rak : FM SIT |
|
|
6:20
Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan kebebasan. Mutlak. Ruang Sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.
Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagsan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.
|
| Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Tahun 2006) – Pemenang Kategori Novel Remaja |
| No. Perolehan : 8038 Rak : FM SRI |
|
 |
Odisi Tanah Kencana
Odisi Tanah Kencana mengupas pengembaraan Sang Raja mencari kebenaran tauhid bertemankan penakawan Jerude, Punta, Kertala dan Persanta dengan mengharungi lautan ganas. Baginda direlakan menjadi Si Capik demi menemukan jejak memintas kapal nakhoda daripada Kerajaan Pasir, hatta bersabung nyawa dengan makhluk sumpahan belaan si tukang sihir, Mervin.
|
| Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Tahun 2004) – Pemenang Kategori Cerpen Remaja |
| No. Perolehan : 5029 Rak : FM NOR |
|
|
Segala Yang Tercinta Ada Disana
Buku ini menghimpunkan sepuluh buah cerpen remaja yang telah meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004. Cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku ini merupakan buah tangan penulis muda tanah air - yang berpengalaman dan yang baru mencipta nama. Karya-karya tersebut sarat dengan nilai motivasi dan bermanfaat bagi membantu pembinaan sahsiah, khususnya para remaja. Antara isu yang diangkat ialah cinta, perjuangan dan pengorbanan; jati diri dan keindahan tradisi; prinsip dan perdebatan ilmu. Cerpen-cerpen ini dipersembahkan secara berseni, berhikmah, diselitkan unsur humor, dihantar bahasa yang mantap, menyentuh perasaan dan menguja daya taakulan.
|
| Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Tahun 2005) – Pemenang Kategori Novel Remaja |
| No. Perolehan : 6353 Rak : FM NOR |
|
|
Pelangi, kami ingin ke sana
Buku ini menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang telah meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Cerpen-cerpen tersebut merupakan hasil cipta penulis generasi baharu dan pengarang kawakan tanah air.
Sarat dengan nilai motivasi dan bersifat eksloratif, karya-karya tersebut mengangkat isu tempatan di samping meneroka sehinggga ke wilayah antarabangsa, berbicara tentang keadilan jagat, cinta akan kasih sayang, kecekalan semangat, prinsip kebenaran, peperangan, dan pengorgbanan- kesemuanya sangat bermuafakat untuk mambijaksanakan khalayak. Ditulis dengan bahasa yang menarik dan teknik yang pelbagai, cerpen-cerpen tersebut dapat menguja daya taakulan di samping menghiburkan.
“Pelangi, Kami ingin ke Sana ”, cerpen yang menjuduli antologi ini mengirim hikmah : walau hidup luluh dilanda bencana, harapan indah tidak terluluhkan, bahkan mendorong insan bangkit membina penghidupan. |
| Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Tahun 2006) – Pemenang Kategori Novel Remaja |
| No. Perolehan : 8039 Rak : FM NOR |
|
 |
Pusaka Cendana
Karya-karya ini merupakan hasil cipta pengarang generasi baru, di samping pengarang kawakan. Pusaka Cendana yang menjuduli antologi ini mengangkat kesenian bongai, sejenis nyayian tradisional Negeri Sembilan sebagai simbol keperibadian khazanah budaya bangsa yang perlu dilestari oleh generasi hari ini. Cerpen ini memanfaatkan ilmu undang-undang untuk mengabsahkan pelestarian kesenian tersebut.
|
|